Followers

Sunday 19 February 2012

Lecture 2




3 bulan kemudian..

------------------------------------------------------------------------

Dear Mr.B ,


Sedar tak sedar, dah 3 bulan aku menjadi pelajar di sekolah ini. Cepat betul waktu berlalu kan? 4 Sains 2 dah jadi sebahagian daripada hidup aku. Pelbagai ragam yang aku jumpa di sekolah ini. Budak - budak yang suka bergaduh, ada yang berperangai seperti ulat buku, malah ada juga yang suka 'dating'. Hahaha.. Di sini aku mula mengenal erti kehidupan. Tak semua orang dapat apa yang mereka mahukan. Aku mendapat peluang kedua disini. Ye, mula-mula aku agak takut untuk memasuki sekolah ini, al-maklumlah, sebelum ni aku pelajar di sekolah 'agama', duduk di asrama. Walaupun aku bukanlah dikategorikan sebagai pelajar yang berdisiplin, tetapi aku berada di kalangan orang - orang yang agak pandai. Rupa-rupanya aku tersilap dalam percaturan hidup aku, taraf sesebuah sekolah itu tak dapat dinilai  melalui sebuah nama. Walaupun sekolah aku sebelum ini bagus, tapi, aku tak pernah mengenal erti kehidupan, aku hanya mengenal untuk belajar dan disebabkan perkara 'itu', aku mula berubah. Menjadi seorang yang sangat hipokrit.

Mr.B

Kat sekolah ni, semua orang terima kehadiran aku. 'Arash', lelaki yang pada mulanya aku benci, akhirnya daripada lawan, bertukar menjadi kawan. Agak nakal pada mulanya, dia menghulurkan tangan sebagai tanda persahabatan, dan aku tanpa ragu- ragu menyambutnya. Hahaha ! Tapi, gelaran yang diberinya masih lagi kedengaran walaupun bukan dari mulut Wan Arafiq Arash. geram betul aku dengan...


------------------------------------------------------------------------



   " Ayien !!! "

Tiba - tiba kedengaran jeritan Encik Farhan, papa Ayien memanggil daripada laman rumah. Ayien terus menyimpan diarinya kedalam laci lalu keluar bagi menemui papanya.

   " Ye pa, asal panggil Ayien? Papa nak belanja Ayien Kfc ke? "

   " Ish budak ni, makan je tahunya, tak habis-habis dengan ayam Kfc. " Encik Farhan menggeleng melihat telatah anak perempuannya itu.

   " Abis tu, papa panggil Ayien ni kenapa?  Ingatkan papa nak belanja Ayien makan. " Panjang muncung Ayien sambil memeluk erat lengan papanya.

   " Papa nak tanya, macam mana dengan sekolah Ayien? Semua ok ke? Papa tak nak perkara sama berlaku lagi di sekolah baru ni. "

   " Ala papa ni. Ayien takda la brutal sangat. Ayien da berubah la. Hehe. "

   " Boleh percaya ke anak papa ni? Jangan pulak lepas ni papa kena panggil masuk bilik disiplin pulak lagi sekali. " Encik Farhan merenung ke arah wajah Ayien meminta kepastian.

   " Betul la papa, Ayien malas dah nak create problem. Lagipun, Ayien kan dah duduk dekat uma, watpa Ayien nak lari dari sekolah lagi. Kan? "

Baby I love you
and I never let you go
but if I have to
boy I think that you should go
all the love we made
will never be erase
and i promise you that you were never be replaced


Tiba-tiba kedengaran lagu baby i love you  berkumandang di dalam poket seluar Ayien.

   " Pa, Ayien masuk dulu la, member Ayien kol. " Ayien terus melangkah masuk meninggalkan papanya di laman rumah.

   " Uit, ko katna? "

   " Bagi salam dulu la pakcik. "

   " Sorry la makcik, aku nak cepat ni. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ko katna Ayien? "

   " Waalaikumsalam, aku kat uma la, asal? "

   " Ko busy tak? Teman aku beli barang kejap. Please.. "

   " Arash, ko bukan tak tahu, mama ngan papa aku mana kasi aku keluar dengan lelaki. Zarul kan ada, ko ajak la dia temankan. "

   " Ala ko ni.. Bukan selalu pun aku ajak kua. Jom la. "

   " Tak boleh la Arash. Lenkali je la. Aku mintak maaf sangat sebab memang aku tak boleh. "

Tutt tutt..............

Tiba-tiba talian diputuskan. Ayien termangu seorang diri.

' Aku ke yang bersalah? '



Mata Ayien melilau mencari kelibat Arash.


   " Zarul, ko ada nampak Arash tak? "

   " Arash mana ada. Dia pergi kem la. Dia tak mention dekat ko ke? Aku dengar semalam dia cakap nak ajak ko teman dia beli barang. "

Suara Zarul bagaikan tidak kedengaran di telinga Ayien.

Kosong.

Itu yang dirasakan oleh Ayien.

' Aku gila ke apa? Lantak dia la nak pergi kem ke apa. Bukan masalah aku pun. Tapi, pakcik ni pun satu, sekurang-kurangnya hantar la mesej sekeping bagitau yang dia nak pergi kem. '

   " Oi makcik, yang ko membebel sorang - sorang tu kenapa? Jum la makan, aku lapar la. "

   " Miera, daripada ko ajak si Ayien tu, baik ko ajak aku. Tinggal je dia sengsorang lam  kelas. " Zarul menarik tangan Miera menuju ke arah kantin. Ayien masih lagi duduk di mejanya menongkat dagu sambil merungut seorang diri.

   " Ishh, semak la aku fikir pasal pakcik sorang ni. Miera, ko kata apa tadi? " Ayien mengangkat mukanya memerhati sekeliling kelas.

    " Ishh, kurang asam punya member, mentang-mentang ada si Zarul, ko tinggal aku ye. Siap ko ! " Ayien terus mengemas mejanya untuk ke kantin.


Seminggu berlalu, genaplah seminggu sejak kelas 4 Sains 2 bertukar daripada kelas 'hantu' kepada 'rumah mayat'. Sepi masih mengisi suasana kelas itu. Tiada lagi kedengaran suara orang bertelingkah yang kebiasaannya meriuhkan suasana.

   " Ayien ! "

Lakaran Ayien terhenti. Dia mendongak memandang makhluk yang singgah di mejanya.

' Arash.. '

Hatinya menyeru nama jejaka yang singgah di mejanya. Lalu, Ayien tunduk memandang mejanya bagi menyambung kembali lakaran kartun yang terganggu.

   " Ayien ! Ni aku la, Arash. Baru seminggu aku pergi, ko dah tak ingat aku ke? "

   " So? "

   " Ko tak nak tanya ke, aku sihat ke tak, makin hensem ke tak, cukup makan ke tak? Yang ko buat derk je ni kenapa? Ko marah aku ek? "

   " Asal plak aku nak marah ko? " Ayien masih lagi leka melakar tanpa melihat wajah makhluk yang tidak diundang itu.

   " Ye la, aku dengar, ada orang tu, seminggu aku tadak, seminggu jugak dia kurang bercakap. "

   " Sape plak yang cakap aku camtu? Ko habaq mai kat aku sikit. " Ayien terus berhenti daripada melakar. Matanya memandang tepat ke arah Arash yang sudah duduk berhadapan dengannya.

   " Ayien, ada ke aku sebut nama ko? Hahaha... Nampak sangat ko lah orangnya kan.. "

   " Cishh, ko bahan aku ye? Amik nih.. " Dipukulnya Arash menggunakan bekas pensilnya.

   " Adushh, sakitla. Ko tak sayang aku ke Ayien? "

   " Banyak la ko punya sayang. Pegi main jauh-jauh, aku nak buat keje. "


Lagu Red-Blooded Woman nyanyian Kylie bergema di telinga Ayien. Ayien meniarap di atas katilnya dengan headphone yang tersumbat di telinga. Tangannya masih laju menulis nota sejarah yang masih lagi tertangguh sambil mulutnya menyanyi mengikut rentak Kylie.

' Ee.. Bosan betul buat nota ni. Inche Misai ni pon satu, kenapa la nak kena hantar jugak nota ni. Dah la kena hantar besok jugak. Dasar sarkastikus tul, ni betul-betul mendatangkan kemalasan tahap giga. Arghhhhhhhh.. ' Jerit Ayien di dalam hatinya.

Bip.. bip..


Tiba-tiba handset Ayien berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk.

' Ya Allah, makhluk mana la yang malang sangat hantar mesej time aku nak jadi hulk ni. Kang aku marah, ada plak yang touching tak tentu pasal. ' Ayien merungut sambil tangannya laju mencapai handset di birai katil.

Mafia sn2 > oit makcik, ko dah siap belum Add Math?


Cishhh.. Mamat ni rupanya. Ayien menjuihkan bibirnya. Laju jari Ayien menekan butang reply.


Bip..bip..


Tak tido lagi minah ni rupanya. Arash tersenyum apabila handsetnya berbunyi.

Ayien > brpa kli ak ckp, bagi salam dulu la pakcik ! Aku dh ciap da Add Math tu, asal?


Bip..bip..


Mafia sn2 > Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera terhadap kamu wahai saudari Ayien. Saya cuma nak menyampaikan amanat kawan saya terhadap saudari, saudara Zarul meminta saudari untuk membawa buku Add Math ke sekolah esok hari kerana saudara Zarul hendak meminjamnya. Bolehkah saudari menunaikannya?


   " Eeee.. Sengalnya mamat ni. Schematic betul la. Aku punya la tengah hot, dia memain lak. Malas aku nak layan. " Ayien membebel seorang diri, handsetnya terus dioff dan dicampak ke atas katil adiknya. Jarinya kembali menulis nota sejarah walaupun matanya sudah menunjukkan aura-aura mahu surrender dan tidur.


' Eh, kenapa budak ni tak balas lak mesej aku. Tiba-tiba je diam. Takkan dah tidur kot. ' Arash yang pada mulanya berbaring di atas katil terus bangun sambil mengerutkan dahinya. Dia pelik, sudah 5 keping mesej dihantarnya kepada Ayien, tetapi tetap tiada balasan.


   " Takkan dia marah kot, bukan aku cakap apa-apa pon. "


Tanpa membuang masa, Arash mencari nombor telefon Ayien di dalam contacts handsetnya. Butang call terus ditekannya apabila tertera nama Ayien.


Sorry, this is the voice mailbox for....


Amboihh.. Terus di'off 'nya telefon tu. Siap ko esok budak kecik.


**

   " Ayien, tunggu la aku kejap.. " Miera termengah-mengah mengejar Ayien yang sudah laju berjalan di hadapan. Sudah menjadi kelaziman bagi mereka berdua untuk sama-sama berjalan kaki untuk ke sekolah. Bagaikan berjanji, Ayien yang sudah jauh meninggalkan Miera terserempak dengan Arash di depan pintu pagar sekolah. Masing-masing menarik muka dan terus berlalu tanpa menegur antara satu sama lain.

   " Kenapa diorang tu? Takkan berperang kot. " Zarul yang baru sahaja selesai mengunci basikalnya bertanya pada Miera yang baru sahaja sampai.

   " Entah, tadi Ayien ok je. Jom la masuk kelas, loceng dah berbunyi tu. " Miera terus menarik tangan Zarul. Nafasnya masih lagi tidak teratur dek mengejar langkah Ayien yang laju tadi.