Followers

Thursday 9 February 2012

LectUre 1




     " Wait, apa ko panggil aku tadi? NENEK?? Slamber badak je ko panggil aku camtu kan. Eh atuk, aku nak tanya sikit, bila masa aku jadi nenek ko hah? HUH ! "

Suara Ayien yang lantang bagaikan bergema di dalam kelas 4 Sains 2. Semua orang bagaikan terpaku mendengar jeritan pelajar baru yang bernama Nurul Fariyana binti Dato' Farhan ( tinggi 149, bercermin mata besar berbingkai hitam, rambut yang disanggul tinggi disebalik tudung ) itu.

   " Ada ke ko dengar aku cakap ko ni nenek aku? Aku cuma panggil ko nenek je. Tak salah kan? " Arash berjalan menuju ke arah Ayien yang sedang berdiri bercekak pinggang itu. Wan Arafiq Arash bin Wan Tajudin yang lebih dikenali sebagai Arash ( tinggi 170, bermata sepet ala-ala cina, memakai tali tie secara longgar, rambut dibiarkan tidak terurus ) mengerutkan keningnya sambil matanya tidak lepas daripada memandang Ayien.

Ya Tuhan ~ Mamat ni, ada yang kena makan satgi. Boleh dia tanya aku camtu. Salah ke panggil aku 'nenek'? Huh. Ayien mengeluh didalam hati. Dah la rambut ngan muka tu macam mafia, sesuka hati je nak kutuk aku.

   " Eh atuk, lenkali nak panggil orang tu, bior le bersopan sikit, aku ada nama la. A Y I E N ! " muka Ayien cemberut memandang muka mamat tiga suku yang masih lagi tidak beriak itu.

   " Atuk? EH, kalau aku atuk dan ko nenek, maknanya kita kawin la kan? " Arash dengan muka yang serius bertanya sambil menahan tawa yang mula bertamu di hati. Dalam diam, Arash memuji kecomelan Ayien yang kecik di pandangannya itu. Ayien yang sedang bercekak pinggang itu dilihatnya bagai kanak-kanak yang sedang meminta untuk dibelikan ice cream.

   " Ko saja nak kenakan aku kan? Eh, kalau ko muda sangat kan, bagitau aku sikit, bulan berapa ko lahir? "

   Mamat ni kan, saja nak cabar kesabaran aku. Aku ni, dah la baru seminggu kat sekolah ni, terus dapat gelaran baru. 'NENEK'? Tak senonoh langsung. Sesedap rencah Adabi je dia panggil aku camtu. Mentang-mentang la aku ni pelajar baru, dari sekolah agama lak tu, dia ingat dia boleh buli aku? Tolonggg sikit. Ni Nurul Fariyana la, anak Dato' Farhan. Setakat mamat tiga suku camni, takkan la aku tak boleh nak lawan. Kutuk Ayien didalam hatinya.

   "Aku lahir bulan sebelas, November ! Ko?

   " Sama. Tarikh? "

   "26 haribulan. "

   " Eh atuk, ko jangan main-main la ! Ko sengaja nak mainkan aku kan? Ko da tahu tarikh lahir aku, then ko sengaja mention tarikh lahir aku ! " Tuduh Ayien.

   " Ape plak, takdanya aku nak ambik tahu tarikh lahir ko. Eh Zarul,  cuba ko bagitau nenek ni, betul ke tak birhtday aku 26 November. "

Zarul yang sedang berada di sebelah Arash mengiyakan kata-kata Arash. Dia hanya menggeleng kepala melihat telatah si Ayien dan Arash yang masih bertelagah mengenai umur masing-masing.

   " Ko kan ! Ishhhhhh.. Jangan la panggil aku 'nenek', tak senonoh tahu tak. Aku muda lagi la. Yang ko panggil aku nenek tu apesal? "

   " Babai NENEK, aku ada keja, next time kita gaduh lagi ek. " Arash mengenyitkan matanya lalu berlalu pergi meninggalkan Ayien yang sudah kemerahan mukanya.

***

   " Ayien, asal ko marah sangat dekat Arash tu? Aku dengar ko mengamuk dalam kelas tadi. Pe cite? " Bukan sukar untuk Miera meneka riak wajah teman baiknya itu. Ayien, kalau dah membisu, pasti ada sesuatu yang mengganggu emosinya. Kalau tidak, pasti sudah kecoh suasana di kantin itu dengan keramahan si Ayien.

Ayien dilihatnya masih lagi termenung memandang ke arah luar sekolah.

   " Oi makcik, aku tanya ni, ko ada masalah ke ape? Termenung macam kucing hilang anak ni kenapa? "

   " Aku GERAM la. Ko jangan kacau aku boleh tak? "

Akhirnya~

Miera lebih rela dimarahi oleh Ayien daripada membiarkan Ayien terus membisu. Tiba-tiba terdengar esakan kecik dari arah di mana Ayien berada.

    " Ayien, ko kenapa ni? Ala.. Sorry la. Jangan la ko nangis lak, tak macho la. "

   " Mangkuk ko punya macho. Hahahhaha.. Aku pempuan la senget ! Yag ko pergi cakap tak macho kalau nangis tu pesal? Spoil betul, aku baru nak fehling sikit. "

   " Eh budak ni, baru tadi ko duk melalak meraung, tetiba ko bantai gelakkan aku plak. Sape yang senget sekarang? Aku ke ko? " Pening kepala Miera melihat emosi Ayien yang tiba-tiba berubah.

   " Aku test ko je la tadi, nak tengok kawan aku ni sayang aku ke tak. Hehehe.. Jum la sayam, kita gerak masuk kelas, mengamuk lak Inche Misai tu satgi. "

Miera, maafkan aku. Aku taknak korang tahu sejarah silam aku.



Sebaik sahaja pulang ke rumah, Ayien terus berteleku didalam bilinya tanpa menyalin pakaian terlebih dahulu. Diari ungunya terus dibuka.

-----------------------------------------------------------------------

Dear Mr. b,

Hari ni genap seminggu aku menjadi pelajar tingkatan 4. HAHAHA.. Tak sangka kan, akhirnya aku keluar jugak daripada sekolah tu. Mimpi ngeri aku dah berakhir. Akhirnya, aku bersyukur sangat walaupun aku dah bazirkan masa selama 3 tahun hidup di sana, aku still boleh survive. Hurmm, banyak yang terjadi selama aku kat sana, semua berubah. Terutama attitude aku, aku jadi budak cengeng yang selalu menangis bila duduk seorang diri, hipokrit dengan jadi seorang budak yang nakal dan garang bila berhadapan dengan semua orang. Huh. 'Berjaya' betul hidup aku selama tiga tahun. Penuh dengan kehidupan yang pura-pura. Akhirnya aku dapat jadi diri aku. Aku yang mampu tersenyum bila berhadapan dengan orang, aku yang banyak celotehnya. Tapi, aku tak mampu untuk bergelak tawa dengan semua orang. Aku rasa kekok. Aku tak mampu menerima gurauan orang lain. Mungkin aku perlukan masa.

Mr.b,

Hari ni, aku bergaduh dengan seorang mamat di dalam kelas aku. Sengal betul mamat tu, ada ke patut dipanggilnya aku 'nenek'? Nak je aku baling kasut ke muka dia. Tapi, bukan marah je aku rasa. Aku terkejut, aku bagaikan berada di sekolah aku yang lama. Tak sangka, wujud lagi trauma yang sama. Tapi, aku anggap mamat itu hanya bergurau. Asalkan dia tak kaitkan aku dengan mana-mana manusia lain, aku akan anggap semua tu hanya gurauan. Pertama kali aku rasa kewujudan mamat itu. Siapa dia? Kenapa dia begitu berani memanggil aku begitu?

-----------------------------------------------------------------------------------

Nurul Fariyana termangu di atas katilnya. Ingatannya kembali berputar mengingati kejadian yang berlaku di sekolah pagi tadi. Sepet !

' Ishh, buat apa aku ingat kat mamat mafia tu. Buang karan je. Baik aku isi perut aku yang dah berlagu riang ni. ' Rungut Ayien sambil menghayun langkah menuju ke dapur.


***

   " Uit makcik ! "

Ayien tersentak dengan sergahan Miera.

' Kurang asam jawa punya member, disergahnya aku time aku best berangan kat tepi tingkap ni.'

   " Ayien, aku dengar cite kan, ada budak baru nama Faris baru masuk kelas sebelah. Jom pergi usha nak tak? Aku dengar mamat tu anak pengetua, dari sekolah agama. Macam ko la. Muka dia iras-iras korea, mesti hensem kan? Jom la.. Teman aku. " Miera menarik tangan Ayien untuk mengikutnya ke kelas sebelah.

Dengan langkah malas, Ayien mengekori langkah Miera.

Suasana hingar bingar kedengaran di dalam kelas 4 Sains 1. Semua orang tidak mengendahkan kehadiran Ayien dan Miera ke kelas mereka. Mata Miera galak mencari muka baru di dalam kelas tersebut.

   " Hah. tu dia. Jom Ayien. " Tangan Ayien ditariknya menuju ke hujung kelas.

' Macam aku kenal je mamat tu.' Ayien mengerutkan keningnya.

   " KAU ! "

   " Eh Yan ! Ko watpa kat sini? "

   " Yan? Ayien, ko kenal dia ke? Asal dia panggil ko Yan? "

   " Mamat ni satu sekolah ngan aku la.. Haha.. Muka ni ko cakap hensem? Muka macam bangunan tak siap ni? Lahai.. Mata ko letak kat lutut ke apa Miera oii.. HHAHahahaha.. "

Dushh..

   " Sakit la bodoh ! " Ayien mengusap kepalanya yang disiku Faris. Kurang ajar punya Faris, disikunya kepala aku buat apa.

   " Padan muka ko Yan, yang ko cakap muka aku macam bangunan tak siap tu kenapa? Muka aku sikit punya hensem, ko cakap tak siap. Saja je kan cari pasal ngan aku. By the way, Cik Nurul Fariyana binti Dato' Farhan, sejak bila ko jadi feminin ni? "

   " Feminin? Maksud ko? "

   " A Y I E N ! " diejanya satu persatu.

   " HAhahhaha.. Tu nama timangan aku kat rumah la, ko ape tau. Ko ingat aku brutal sangat ke? " Ayien menggaru kepalanya yang tidak gatal.

   " Tak brutal ko cakap? Habis, siapa yang selalu kena panggil masuk bilik warden kalau bukan Nurul Fariyana binti Dato' Farhan atau lebih pemes lagi dengan panggilan Yan? "

   " Senget ! Jangan la ko ungkit citer kat sekolah lama tu. Malu aku, hahahha.. "

   " Nenek !!! "

Tiba-tiba terdengar jeritan daripada pintu hadapan kelas 4 Sains 1.

Ayien segera berpaling membelakangkan manusia yang tak berapa nak siuman itu. Segera dihayunkan langkah untuk keluar daripada kelas 4 Sains 1 sambil menarik tangan Miera.

   " Miera, jom la. Bala dah sampai tu. Sebelum perang meletus kat sini, baik ko ikut aku ! "

   " Uit Ayien, asal ko takut sangat dengan si Arash tu? Dia ok je la. Dia tak macam yang ko fikirkan. "

   " Kepala hotak ko punya ok, ko macam tak tahu, semua budak tingkatan 4 dah start panggil aku dengan panggilan tu. Mimpi ngeri aku, tau tak? Ishhh.. Tak sanggup aku ! "

Tiba-tiba sebaik sahaja Ayien dan Miera sampai di hadapan pintu kelas mereka, terdapat tangan yang menghalang laluan mereka.

   " Kau?? Asal ko sekat kitorang ni? Tepi la, aku nak lalu ! " Ayien cuba menolak Arash yang menghalang laluan mereka daripada memasuki kelas.

   " Perasan la nenek ni, mana ada aku sekat korang. Pintu sikit punya besar ko tak boleh lalu ke? Bukan ko besar sangat pun ! "

Ayien yang hanya setinggi paras dada Arash terpaksa mendongak untuk memandang wajah Arash. Matanya mencerlung tajam memandang wajah Arash. Tiba-tiba, Arash menundukkan sedikit badannya lalu berbisik di telinga Ayien.

   "Nenek, tak payah la ko bulatkan sangat mata ko tu. Aku cadangkan, ko tukar spek ko tu, pakai yang kecik sikit. Mata ko tu bukan besar sangat pon. Spek ko tu dah tutup separuh daripada muka ko, tahu tak? "

   " Arashhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! " Kedengaran jeritan Ayien bergema di seluruh penjuru bangunan di blok A sekolah Tengku Abd. Rahman itu.




2 comments:

  1. thanx ;)
    btw, please give me ur support, sy bru je cube2 nk menulis, need kritikan n so on ;)

    ReplyDelete